Cover Story
01 Jul 2015

Posisi Gereja Methodist Di Malaysia Mengenai Perkahwinan Sama Jenis Yakni “Gay”

Source/Author: Rev Dr Ong Hwai Teik, Biskop

Sepucuk Surat Pastor Dari Biskop Kepada Gereja-Gereja Methodist Di Malaysia

Kita hidup dalam era perubahan global yang amat besar. Antara gelombang global utama ini adalah penerimaan yang semakin meluas terhadap perkahwinan gay di dunia Barat yang bakal mengubah secara hakiki blok binaan asas masyarakat, iaitu, keluarga.

Pengiktirafan terhadap perkahwinan gay yang semakin berleluasa ini adalah satu perkara yang membimbangkan ramai orang, termasuk umat Kristian. Satu artikel Berita BBC [10 Feb 2014 – Di manakah gaya hidup sebagai gay salah disisi undang-undang? www.bbc.com] menunjukkan bahawa pada tahun 1789, homoseksualiti diharamkan di 126 buah negara. Menjelang tahun 2014, lebih kurang 92 buah negara telah mengiktiraf homoseksualiti sebagai bukan satu jenayah. Sebuah artikel Pusat Penyelidikan Pew [Perkahwinan Gay di seluruh Dunia, 26 Jun 2015] menyatakan bahawa pada masa kini 22 buah negara telah mengiktiraf perkahwinan gay sebagai sah. Belanda merupakan negara pertama berbuat demikian pada tahun 2000, dan disertai pada tahun ini oleh Finland, Greenland, Republik Ireland dan negara terbaru yang telah menimbulkan impak terbesar – Amerika Syarikat.

Satu sumber telah menyenaraikan Malaysia di antara “79 buah Negara di mana homoseksualiti adalah salah di sisi undang-undang” [76crimes.com]. Dalam artikel ini majoriti negara di mana homoseksualiti adalah salah di sisi undang-undang terdapat di Afrika, dan Asia termasuk Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Kita hidup dalam sebuah dunia yang telah mencampak “kebenaran bukti-nyata tentang Tuhan” terutama sekali di Negara Barat yang kaya dan berpengaruh serta menjadi ikutan – didorong oleh peningkatan ideologi sekularisma dan kerelatifan yang mempromosi pandangan bahawa setiap orang harus menentukan nilai-nilai moralnya sendiri. Seperti yang dikatakan oleh Ravi Zacharias, kita hidup dalam satu “Budaya Autonomi” di mana setiap manusia memerintah kehidupannya sendiri.

Ramai berpendapat bahawa pengiktirafan rasmi perkahwinan gay
yang terbaru di Amerika Syarikat yang telah mentakrif semula is
tilah perkahwinan, mewakili kejatuhan taraf perkahwinan yang dicirikan oleh penceraian, kohabitasi dan satu pandangan dunia yang memeluk kebebasan seksual tanpa had yang bermula lebih kurang setengah kurun yang lalu.

Bagi
pihak Gereja, tidak ada institusi manusia mempunyai kuasa untuk mentakrif semula Injil, maka adalah sama dengan institusi perkahwinan [yang mencerminkan Injil secara misteri dalam Ephesians 5:32]. Tuhan Yesus Kristus telah mengisytiharkan bahawa perkahwinan sepertimana yang Tuhan Pencipta maksudkan, [Matthew 19:4-6, 8] telah dianyamNya ke dalam fabrik asas manusia dari saat manusia diciptakan.

Kitab
Injil mengajar secara terang-terangan bahawa perkahwinan melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Keadaan saling melengkapi antara lelaki dan wanita ini [Genesis 2:24, Matthew 19:4-6, 1 Corinthians 7:2-16, Ephesians 5:23-33] dalam gabungan seumur hidup adalah untuk tujuan kelangsungan umat manusia melalui pembinaan sebuah keluarga dan menyediakan satu suasana yang tetap dan teguh untuk keluarga itu. Takrif asal perkahwinan ini telah disokong oleh sejarah, psikologi dan alam semulajadi, serta ia telah diiktiraf secara universal bahawa lelaki dan wanita adalah dicipta secara psikologi, emosi dan secara seksual untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Gereja Methodist di Malaysia telah menyatakan secara kategori pendirian teguhnya bahawa -

Kecukupan Kitab Injil untuk penyelamatan dan kehidupan Kristian iaitu – Atas nama Kitab Suci kita faham bahawa buku-buku kanonikal Testamen Lama dan Baru di mana kuasanya tidak pernah disangsikan di dalam Gereja”
 [Artikel V, Buku Disiplin 2012, Gereja Methodist di Malaysia, ms 22] dan

“Kekudusan kovenan perkahwinan yang dinyatakan melalui kasih cinta, saling sokong-menyokong, memberi komitmen peribadi, dan kesetiaan antara seorang lelaki dan seorang wanita…Kita menolak norma-norma sosial yang menggunapakai standard berbeza dalam perkahwinan. Kita menyokong undang-undang dalam masyarakat sivil yang mentakrif perkahwinan sebagai gabungan antara seorang lelaki dan seorang wanita, oleh itu kita tidak menyokong perkahwinan seks sejenis kerana ia adalah bertentangan dengan ajaran Kristian..” [Prinsip-prinsip Sosial para 84 1.a, Buku Disiplin 2012, Gereja Methodist di Malaysia, p 32].

Ter
dapat juga satu pengiktirafan yang dipersetujui oleh GCEC serupa dengan posisi Gereja Methodist di Malaysia yang bertajuk Posisi Gereja Methodist di Malaysia mengenai Homoseksualiti dan Perkahwinan Seks Sejenis yang dikeluarkan pada 24 Ogos 2011 melalui Pejabat Episcopal pada masa itu kepada satu konteks media yang menyatakan:

“Berdasarkan Kitab Injil, posisi Gereja Methodist di Malaysia
mengenai homoseksualiti adalah seperti berikut:

Kitab Injil melarang semua bentuk persetubuhan homoseksual, kerana
tindakan sedemikian adalah tidak normal dan tidak semulajadi. Model perkahwinan berasaskan Alkitab adalah terdiri daripa
da seorang lelaki dan seorang wanita, seorang suami dan seorang isteri. Tuhan Yesus Kristus mengiktiraf dan memegang prinsip ini dalam ajaran Beliau mengenai perkahwinan.
 

Kitab Injil dengan amat jelas sekali menentang hubungan homoseksualiti. Oleh itu, gereja yang memegang teguh kepada kepercayaan Alkitab tidak, dan tidak akan menyokong perkahwinan seks sejenis.

Walaupun Gereja tidak boleh menerima atau menyokong hubungan
homoseksualiti dan perkahwinan seks sejenis, ia tidak menolak golongan homoseksual. Pihak gereja rela menghulurkan kasih, keprihatinan dan bantuan kepada mereka. Persekutuan di gereja adalah terbuka kepada semua, termasuk golongan homoseksual. Jika mereka rela menerima kaunseling, pihak gereja akan membantu dan menjaga mereka. Terdapat organisasi Kristian yang khusus untuk membantu golongan homoseksual dalam negara kita.

Pihak gereja secara kategori menentang homoseksualiti dan perkahwinan
seks sejenis, dan tidak memperkenankan mereka yang menyokong homoseksualiti menyebarkan perkahwinan seks sejenis atas nama agama Kristian.”
 

Penutup
Adalah penting untuk gereja pada generasi ini untuk berfikir mendalam
dan memberi respon secara menyeluruh berlandaskan Alkitab mengenai isu-isu seksualiti manusia dan kudusnya hubungan perkahwinan. Pihak gereja juga perlu mengambil langkah-langkah praktikal dari segi penerimaan terhadap mereka yang mempunyai orientasi seksual yang bukan orthodoks. Ini akan memberi kesan ke atas isu-isu penglibatan dalam kegiatan gereja, persediaan untuk baptisma, keahlian gereja, disiplin gereja, kepimpinan dan sebagainya.

Kita
mesti mengajar kebenaran Alkitab mengenai perkahwinan dalam keluarga kita, memperkuatkan dan membentuk anak-anak kita dengan ajaran gereja mengenai seksualiti. Oleh kerana limpah kurnia Tuhan yang telah kita terima, maka kita ada tanggungjawab yang besar untuk membentuk fikiran dan hidup kegerejaan untuk generasi-generasi akan datang. Ini bukan sahaja merupakan tugas dan tanggungjawab kepimpinan gereja peringkat negara atau tempatan, tetapi tanggungjawab setiap keluarga Kristian.

Dengan cara ini, kita boleh menjadi sumber yang digunakan Tuhan dalam membawa pemulihan dan pengharapan kepada satu budaya seksual yang runtuh yang kini telah mencapai satu tahap kritikal. Kita kehendaklah sentiasa ingat akan mandat Alkitab bahawa semua orang dicipta dalam imej Tuhan dan berhak mendapat maruah dan penghormatan – tanpa mengira orientasi seksual dan kesukaan mereka. Kita hendaklah mengasihi jiran-jiran kita tanpa mengira sebarang perselisihan faham yang mungkin timbul akibat kepercayaan yang bertentangan dalam hal perkahwinan. Demi kebaikan bersama kita perlu hidup secara hormat-menghormati dan secara sivil bersama mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan kita.

Walau bagaimanapun, Gereja Methodist di Malaysia mesti setia kepada
kesaksian Alkitabiah mengenai perkahwinan tanpa mengira anjakan gelombang budaya semasa mengenai perkahwinan. Kita juga diingatkan agar berdoa untuk umat Tuhan di negara-negara yang telah mengiktiraf secara sah perkahwinan seks sejenis. Suasana mungkin menjadi bertambah tegang atau antagonistik terhadap etika seksual berlandaskan Alkitab [yang bukan satu perkara baru dalam sejarah gereja] tetapi gereja ditakrifkan oleh Injil. Kita sebagai umat Tuhan yang dipanggil Methodists harus teguh berlandaskan Alkitab dan tradisi Wesley yang menegaskan bahawa Injil membawa berita baik untuk semua orang, tanpa mengira samada budaya itu menganggap berita itu baik atau sebaliknya.

Rev Dr Ong Hwai Teik
Biskop
Gereja Methodist Di Malaysia
6hb Julai 2015